Selasa, 6 Januari 2015

ANTARA TITIK - TITIK @ POINT - POINT PENTING DALAM BERHIJAMAH

TITIK - TITIK HIJAMAH @ BEKAM



Hijamah bukanlah pengubatan alternatif. Namun ia merupakan pengubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.

Bagi pesakit yang belum pernah berbekam, amalan berbekam pada titik sunnah adalah amat digalakkan bagi merawat penyakit di seluruh tubuh.








1. 'ALA RO'SIN
Puncak Kepala - menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan migrain

2.  AL AKHDA'IIN 
Urat di kedua sisi leher - mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, hidung, dan sakit kerongkong. Mengubati sebarang penyakit pada bahagian kepala lainnya terutama penyakit yang disebabkan oleh terjadinya kelebihan darah atau rosaknya jaringan darah.

3.  AL KAAHIL

Pangkal tengkuk - mencegah tekanan darah pada tengkuk, mengatasi rabun, mengatasi benjolan di mata, mengatasi rasa berat pada alis dan kelopak mata, mengatasi penyakit mata lainnya, mengubati penyakit lepra, menghilangkan rasa sakit pada bahu dan tenggorok dan menghilangkan pengaruh racun.

4.  AL KATIFAIN

Kedua bahu - mengubati penyakit di bahagian bahu dan leher.

5.  'ALA WARAK

Pinggang - merawat sakir pinggang dan bahagian bawah belakang.

6.  'ALA DZOHRIL QODAMI

Betis - untuk menghilangkan keletihan pada bahagian kaki.



                                                                                Sila Buat Temujanji Untuk Mendapatkan Rawatan 
                                                                              Sila Hubungi @ Whatsapp Abd.Halim 012-9774870.

Ahad, 7 Oktober 2012

AL-HIJAMAH ATAU BEKAM


AL-HIJAMAH ATAU BEKAM

Bekam merupakan suatu amalan Rasullulah saw untuk menyembuhkan penyakit (Curative) dan mencegah penyakit (Preventive).
Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu yang menyebabkan keracunan toksid pada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.
Ini adalah satu cara Detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi  manusia yang mana tiada kesan sampingan, malah menyembuhkan.
Sekarang teknik bekam telah digunakan secara moden berdasarkan penelitian ilmiah dengan penggunaan cawan plastik atau kaca, vakum moden, jarum lancet atau pisau bedah untuk mengeluarkan toksid.



ANTARA HADIS-HADIS NABI SAW TENTANG BEKAM:

“ Telah datang seorang sahabat kepada Rasulullah SAW dan mengadu bahawa ia sakit kepala maka Rasulullah berkata ‘berbekamlah kamu’ ” (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim).

“..Sebaik-baik perubatan ialah berbekam,Ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan serta meringankan tubuh.” (HR Al-Hakim).

“Hendaklah kalian semua melakukan pengobatan dengan bekam di tengkuk (Qomahduah), kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit dan lima penyakit iaitu gila, kusta, belang (vitiligo) dan sakit gigi.” (HR Thobroni).


Sebagai umat islam, Marilah bersama-sama kita membangkitkan semula sunnah Nabi Junjungan kita sebagai salah satu alternatif dalam mencegah penyakit & dalam perubatan kita hari ini. Sesungguhnya Berbekam itu salah satu sunnah Nabi Muhamad saw!


Dapatkan Perkhidmatan Al-Hijamah (Bekam)
Sila Buat Temujanji Terlebih Dahulu (Sekitar KL)
Encik Abd. Halim 012-9774870.