AL-HIJAMAH
ATAU BEKAM
Bekam merupakan suatu
amalan Rasullulah saw untuk
menyembuhkan penyakit (Curative) dan mencegah penyakit (Preventive).
Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu yang
menyebabkan keracunan toksid pada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses
ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan
kerja yang berat secara berpanjangan.
Ini adalah satu cara Detoksifikasi yang sesuai dan selamat
bagi manusia yang mana tiada kesan sampingan, malah menyembuhkan.
Sekarang teknik
bekam telah digunakan secara moden berdasarkan penelitian ilmiah dengan
penggunaan cawan plastik atau kaca, vakum moden, jarum lancet atau pisau bedah
untuk mengeluarkan toksid.
ANTARA
HADIS-HADIS NABI SAW TENTANG BEKAM:
“ Telah datang seorang sahabat kepada
Rasulullah SAW dan mengadu bahawa ia sakit kepala maka Rasulullah berkata
‘berbekamlah kamu’ ” (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim).
“..Sebaik-baik
perubatan ialah berbekam,Ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan
serta meringankan tubuh.” (HR Al-Hakim).
“Hendaklah kalian semua melakukan pengobatan
dengan bekam di tengkuk (Qomahduah), kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat
dari tujuh puluh dua penyakit dan lima penyakit iaitu gila, kusta, belang
(vitiligo) dan sakit gigi.” (HR Thobroni).
Sebagai umat islam, Marilah bersama-sama kita membangkitkan semula sunnah Nabi Junjungan kita sebagai salah satu alternatif dalam mencegah penyakit & dalam perubatan kita hari ini. Sesungguhnya Berbekam itu salah satu sunnah Nabi Muhamad saw!
Dapatkan Perkhidmatan Al-Hijamah (Bekam)
Sila Buat Temujanji Terlebih Dahulu (Sekitar KL)
Encik Abd. Halim 012-9774870.