Ahad, 7 Oktober 2012

AL-HIJAMAH ATAU BEKAM


AL-HIJAMAH ATAU BEKAM

Bekam merupakan suatu amalan Rasullulah saw untuk menyembuhkan penyakit (Curative) dan mencegah penyakit (Preventive).
Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu yang menyebabkan keracunan toksid pada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.
Ini adalah satu cara Detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi  manusia yang mana tiada kesan sampingan, malah menyembuhkan.
Sekarang teknik bekam telah digunakan secara moden berdasarkan penelitian ilmiah dengan penggunaan cawan plastik atau kaca, vakum moden, jarum lancet atau pisau bedah untuk mengeluarkan toksid.



ANTARA HADIS-HADIS NABI SAW TENTANG BEKAM:

“ Telah datang seorang sahabat kepada Rasulullah SAW dan mengadu bahawa ia sakit kepala maka Rasulullah berkata ‘berbekamlah kamu’ ” (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim).

“..Sebaik-baik perubatan ialah berbekam,Ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan serta meringankan tubuh.” (HR Al-Hakim).

“Hendaklah kalian semua melakukan pengobatan dengan bekam di tengkuk (Qomahduah), kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit dan lima penyakit iaitu gila, kusta, belang (vitiligo) dan sakit gigi.” (HR Thobroni).


Sebagai umat islam, Marilah bersama-sama kita membangkitkan semula sunnah Nabi Junjungan kita sebagai salah satu alternatif dalam mencegah penyakit & dalam perubatan kita hari ini. Sesungguhnya Berbekam itu salah satu sunnah Nabi Muhamad saw!


Dapatkan Perkhidmatan Al-Hijamah (Bekam)
Sila Buat Temujanji Terlebih Dahulu (Sekitar KL)
Encik Abd. Halim 012-9774870.

1 ulasan:

  1. ▷ Casino site | LuckyClub
    With a top performing slot site, Luckyclub is able to luckyclub bring you the latest and best casino games. Play hundreds of slots for free at Luckyclub. Live entertainment is a

    BalasPadam